Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Intelligent Wave perkenal penyelesaian baharu untuk industri penyiaran


Tarikh kemaskini: 11/06/2019




KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Intelligent Wave Inc (IWI) yang berpangkalan di Tokyo hari ini mengumumkan kejayaannya membangunkan dan melancarkan 'Penyelesaian Pemantauan Aliran Internet Protocol (IP)’ untuk menangani isu dalam pemasangan IP pada kemudahan penyiaran.

Penyelesaian itu membolehkan sebilangan besar pemasangan pada pusat penyambung yang tidak dapat dicapai oleh rangkaian ‘switch mirror port’ sedia ada. 

Ini dapat dilakukan menerusi penggunaan FPGA yang disediakan di dalam 'Arista7130' - peranti rangkaian disediakan oleh Arista Networks Inc, dan dengan hanya mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari paket dalam suis tersebut.

Selain itu, penyelesaian itu boleh memberi gambaran keadaan PTP menerusi ‘time server’, bukan sahaja kadar '’bit’ atau ‘packet drop’ pada setiap penstriman, tetapi kependaman pada setiap penstriman diterima.

'Penyelesaian Pemantauan Aliran IP' dibangunkan dengan kerjasama syarikat penyiaran Jepun itu dan patennya yang dikemukakan oleh IWI dan syarikat itu sedang menunggu kelulusan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, industri penyiaran berminat untuk mempromosikan siaran 4K/8K, yang memerlukan IP dipasang pada kemudahan penyiaran.

Siaran 4K/8K memerlukan peralatan siaran yang dipasang dengan IP, yang berbeza daripada kemudahan berasaskan SDI konvensional.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel