Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Kampar pulih, PPS ditutup


Tarikh kemaskini: 11/06/2019




IPOH, 11 Jun (Bernama) -- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Dewan Komuniti Kampung Kuala Dipang, Kampar yang dibuka sejak Jumaat lalu ditutup secara rasmi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar, Khairul Anwar Ramli berkata penutupan dibuat selepas pemantauan oleh agensi keselamatan terlibat mendapati air banjir telah surut sepenuhnya dan kediaman mangsa selamat untuk diduduki.

"Penutupan PPS berkuat kuasa pada 11 Jun selepas makan tengah hari pada 12 tengah hari. Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat bertungkus lumus menyeliakan PPS tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Seramai 14 penduduk dari dua keluarga di Kampung Cabang Dua Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke PPS tersebut Jumaat lalu selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel