jEw3CEgQWX4 Empat Orang Asli terima rawatan rapi di Hospital Kuala Krai
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat Orang Asli terima rawatan rapi di Hospital Kuala Krai


Tarikh kemaskini: 11/06/2019




KUALA KRAI, 11 Jun (Bernama) -- Empat pesakit Orang Asli suku Batek ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Krai sejak Ahad lepas akibat gangguan saluran pernafasan.

Pengarah Hospital Kuala Krai Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata ia membabitkan dua pesakit wanita masing-masing berumur 12 dan 27 tahun yang ditempatkan di ICU manakala dua pesakit kanak-kanak berusia 39 hari dan tiga bulan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

"Keadaan empat pesakit ini dilaporkan stabil dan kami sentiasa memantau perkembangan kesihatan mereka dari semasa ke semasa,'' katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Kuala Krai di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata sehingga hari ini, seramai 24 pesakit Orang Asli suku Batek sedang menerima rawatan sejak dimasukkan ke hospital tersebut sejak beberapa hari lepas dan ditempatkan di wad kluster khas.

"Seramai 13 pesakit lelaki dan 11 pesakit wanita sedang menerima rawatan dan pemantauan dilakukan oleh 23 kakitangan hospital termasuk doktor pakar yang ditugaskan bagi memastikan keadaan semua pesakit ini berada dalam keadaan baik dan sihat," katanya.

Dr Mohd Salleh berkata pihaknya turut mengehadkan lawatan orang ramai ke wad kluster berkenaan bagi mengelakkan jangkitan daripada merebak.

Beliau berkata setakat ini tiada pesakit yang dibenarkan pulang dan pihaknya akan terus melakukan rawatan sehingga keadaan pesakit benar-benar pulih.

Suku Orang Asli Batek di Kelantan mula mendapat perhatian umum selepas dua orang daripada suku itu meninggal dunia dipercayai akibat radang paru-paru bermula awal bulan lepas.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     

Rangkaian kebab terbesar dunia kini di Ipoh

 
     

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel