Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek puja tokong akan dibebaskan dengan jaminan polis


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





BAGAN SERAI, 11 Jun (Bernama) -- Seorang nelayan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Tanjung Piandang di sini semalam, akan dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pasukan siasatan dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan dan permohonan reman ke atas lelaki itu yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini dibatalkan.

Katanya suspek yang berumur 43 tahun dari Tanjung Piandang dijangka dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam atau sebelum 7 malam hari ini atau selepas siasatan selesai dijalankan.

"Kes ini tidak terhenti di sini kerana siasatan daripada pelbagai aspek akan diteruskan terhadap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Omar Bakhtiar berkata pihaknya telah menahan suspek  setelah dia datang menyerah diri di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada 5 petang semalam.

Nelayan itu ditahan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang yang tular di media soaial baru-baru ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel