Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Kesihatan Pahang ambil langkah kawalan, pencegahan


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





KUANTAN, 10 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pahang mengambil langkah kawalan dan pencegahan di beberapa daerah yang bersebelahan dengan Gua Musang ekoran kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan Orang Asli yang berlaku di Kuala Koh. 

Pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata setakat ini, semua klinik kesihatan dan hospital di Jerantut, Lipis dan Cameron Highlands diletakkan dalam keadaan siap siaga dan semakan notifikasi dibuat bagi semua kes berkaitan jangkitan saluran pernafasan. 

"Pengesanan kes di kawasan penempatan Orang Asli daripada suku Batek telah dimulakan di Jerantut dan Lipis. Setakat hari pertama aktiviti pengesanan kes, belum ada kluster jangkitan saluran pernafasan ditemui. 

"Secara keseluruhan, situasi penyakit berjangkit adalah terkawal dan pegawai kesihatan daerah Jerantut dan Lipis sentiasa memantau trend kejadian kes," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Dr Sha'ari berkata nasihat secara individu dan pendidikan kesihatan secara berkumpulan juga diberikan kepada penduduk Orang Asli sebagai langkah mengelakkan penularan jangkitan melalui udara dan sentuhan.

Beliau juga memaklumkan jabatan itu akan terus bekerjasama dengan jabatan dan agensi lain yang terlibat dalam memantau perkembangan kes terlibat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel