Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K'jaan negeri kesan pemilik premis pengasingan sampah di Karak - Exco


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





KUANTAN, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang akan mengesan pemilik premis pusat pengasingan sampah di Karak, Bentong yang dikatakan beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata siasatan juga meliputi bagaimana sisa sampah plastik dibawa ke kawasan itu. 

Katanya siasatan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Majlis Perbandaran Bentong dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). 

"Kami telah ke premis terlibat, bagaimanapun tiada siapa berada di situ. Setakat ini, kami difahamkan premis itu dijadikan sebagai pusat pengasingan sampah plastik. 

"Selepas diasingkan, sisa itu difahamkan dibawa ke Kawasan Perindustrian Sungai Dua di Bentong untuk proses seterusnya," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Mohd Sharkar mengulas laporan media Sabtu lalu berhubung dakwaan Anggota Parlimen Bentong Wong Tack mengenai kewujudan gudang simpanan sisa plastik yang dikatakan sudah beroperasi selama setahun dan menerima sampah dari negara luar. 

Mohd Sharkar berkata hasil lawatan pihaknya mendapati pusat pengasingan itu beroperasi di kawasan terpencil berhampiran Karak Jaya yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama. 

Sementara itu, Pengarah JAS Pahang Rosli Zul ketika dihubungi berkata pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung kewujudan pusat berkenaan di kawasan itu sehingga dilaporkan media. 

"Siasatan sudah diaturkan dengan kerjasama pihak yang berkaitan untuk tindakan dalam masa terdekat," katanya. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel