Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan suspek dadah dari tiga negeri dalam Op Tapin


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





KOTA BHARU, 10 Jun (Bernama) -- Polis menahan empat sahabat dari tiga negeri berbeza dan merampas sejumlah dadah bernilai kira-kira RM8,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Padang Bongor dalam Op Tapin awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Noor Halim Nordin berkata kesemua suspek berusia antara 26 dan 36 tahun termasuk seorang wanita.

Beliau berkata ketika serbuan dilakukan polis menemui dadah jenis syabu dan heroin di atas lantai berdekatan dengan suspek yang berada di ruang tamu dan bilik tidur.

"Dalam Op Tapin yang bermula jam 5 petang semalam dan berakhir pada jam 3 pagi tadi, kami membuat serbuan hasil maklumat daripada orang awam.

"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati ada empat individu di dalam rumah dan turut menemui sejumlah dadah. Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek berasal dari Kedah, Kelantan dan Terengganu," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPD Kota Bharu di sini, hari ini.

Noor Halim berkata siasatan lanjut juga mendapati seorang daripada suspek memiliki rekod berkaitan dadah pada 2013 sementara dua lagi didapati positif dadah jenis methamphetamine. 

"Kami juga turut menyita sebuah motosikal jenis Honda EX-5 dan kereta Perodua Viva yang dianggarkan bernilai RM21,000," katanya. 

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 16 Jun ini," katanya.

Jelasnya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel