Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita Thailand ditemui mati tergantung


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





TANAH MERAH, 10 Jun (Bernama) -- Mayat seorang wanita warganegara Thailand berusia 45 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Taman Selaseh berdekatan Jalan Ismail Petra, Tanah Merah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata mayat itu ditemui suami mangsa di bahagian dapur rumah terbabit pada pukul 7.30 pagi.

"Pihak kami menerima laporan penemuan mayat itu dalam keadaan tergantung di ruang dapur oleh suami mangsa.

"Pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati tiada kecederaan fizikal lain kecuali di bahagian leher dipercayai kesan jerutan kain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suzaimi berkata pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui tergantung menggunakan kain cadar.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel