Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Johor berkenan berhari raya bersama ketua bahagian Bersatu Johor esok


Tarikh kemaskini: 09/06/2019





JOHOR BAHRU, 9 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini menzahirkan terima kasih kepada Sultan Johor atas perkenan mengadakan perjumpaan Hari Raya Aidilfitri bersama Ketua-ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, esok.

Dr Sahruddin menerusi kenyataan berkata perjumpaan bersama Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar itu dijadualkan pada 4 petang di Istana Pasir Pelangi, di sini.

"Sesungguhnya, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan DYMM Tuanku mengadakan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri ini," katanya menerusi kenyataan itu.  

Dr Sahruddin berharap perjumpaan berkenaan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dalam keberkatan bulan Syawal yang mulia.            

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel