Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sampel air kegunaan Orang Asli Kampung Kuala Koh akan diuji


Tarikh kemaskini: 09/06/2019





GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) akan menyiasat dakwaan penggunaan air tadahan bukit dan air sungai tercemar berpunca dari kawasan perlombongan bijih besi menyebabkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dijangkiti kuman pada saluran penafasan dan paru-paru. 

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan akan dilakukan secara lebih teliti bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan penduduk Orang Asli kampung terbabit menderita dijangkiti kuman hingga ada yang meninggal dunia.

Katanya, setakat perkara itu belum mendapat kepastian dan sampel air yang menjadi keperluan harian mereka akan diambil untuk diuji kaji bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut. 

Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius dakwaan penduduk Orang Asli kampung tersebut dan mengumpulkan banyak maklumat berkaitan untuk kementerian membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan. 

"Kita sudah melakukan lawatan bagi meninjau semua permasalahan yang dibangkitkan mereka hari ini," katanya selepas melawat penempatan masyarakat Orang Asli Suku Batik itu di sini

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel