Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang diminta pantau perkembangan penularan radang paru-paru babit Orang Asli


Tarikh kemaskini: 09/06/2019





KUALA KRAI, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang diminta pantau penularan radang paru-paru di perkampungan Orang Asli di negeri berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Beliau berkata, ia penting bagi mengelakkan penyakit itu berjangkit ke kawasan lain berikutan terdapat penularan radang paru-paru di Kuala Koh, Gua Musang ketika ini yang dikatakan berpunca daripada penghijrahan Orang Asli dari Pahang ke Kelantan.

"Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk turut memantau keadaan Orang Asli di negeri berkenaan agar penyakit tersebut tidak merebak ke perkampungan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi 10 pesakit Orang Asli di Hospital Kuala Krai di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Senator Datuk Husam Musa.

Ditanya adakah kerajaan akan menyekat penghijrahan Orang Asli dari Pahang ke Kelantan bagi mengekang penularan penyakit itu, Waytha Moorthy berkata kerajaan tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk menggali kubur Orang Asli yang dikatakan meninggal dunia dalam perjalanan dari Pahang ke Kelantan untuk menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar penyakit itu.

"Setakat ini tiada lagi keputusan dibuat (untuk gali balik kubur) tapi saya rasa ia tidak akan dilakukan kerana mereka (mangsa) telah dikebumikan secara adat masyarakat Orang Asli, jadi kita tak mahu mengganggu sensitiviti mereka," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel