Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baik pulih kuarters polis Tampoi perlu RM70 juta


Tarikh kemaskini: 09/06/2019





JOHOR BAHRU, 9 Jun (Bernama) -- Peruntukan bagi membaikpulih kerosakan di kuarters polis dekat Tampoi memerlukan kira-kira RM70 juta.

Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, setakat ini peruntukan yang diterima polis Johor daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM20 juta bagi membaikpulih kuarters berkenaan yang melibatkan tiga buah taman iaitu Taman Kenanga, Taman Melur dan Taman Melati.

Terdapat 1,148 unit di ketiga-tiga taman berkenaan dan 188 daripadanya tidak boleh lagi diduduki kerana mengalami kerosakan yang teruk.

“Ia sudah berusia 30 tahun (kuarters Tampoi) dan sekarang berada dalam keadaan rosak teruk dan perlu diperbaiki kerana pelbagai masalah termasuk masalah bekalan air.

“Mengikut anggaran, mungkin perlu RM70 juta untuk membaikpulih dan naiktaraf, tetapi yang diterima hanya RM20 juta,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan kuarters polis berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Kamaruddin Md Din.

Kit Siang turut menyumbang RM1 juta kepada polis Johor sebagai usaha untuk membantu melancarkan proses dan kerja-kerja membaikpulih bagi ketiga-tiga taman berkenaan.

“Kita akan bincang (peruntukan RM1 juta) dengan Jabatan Kerja Raya dan polis untuk gunakannya (peruntukan RM1 juta) dengan baik,” katanya.

Menurut Kamaruddin, setakat ini proses membaikpulih dan menaiktaraf ketiga-tiga taman berkenaan masih dalam peringkat tender.

Tiga taman berkenaan didiami 960 keluarga anggota polis antaranya dari Johor Bahru Selatan, Marin dan Iskandar Puteri.

“RM20 juta (peruntukan untuk tahun ini)  akan digunakan untuk membaiki ketiga-tiga taman walaupun jumlah itu sebenarnya tidak mencukupi untuk keseluruhan pembaikan yang kita perlukan. Kita akan usaha untuk mohon semula tambah peruntukan untuk baiki keseluruhan taman,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel