Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Op Selamat Kelantan: 13 kematian direkodkan sehingga hari ini


Tarikh kemaskini: 08/06/2019





KOTA BHARU, 8 Jun (Bernama) -- Op Selamat yang dilaksanakan di seluruh Kelantan sejak 29 Mei   hingga hari ini mencatatkan 609 kemalangan, 11 daripadanya kemalangan maut membabitkan 13 kematian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Markandan Subramaniam berkata  dalam tempoh yang sama sebanyak 8,414 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan, majoriti  kesalahan memandu terlalu laju.

Ketika dihubungi Bernama, Markandan berkata siasatan mendapati kebanyakan punca utama kemalangan maut adalah akibat terbabas masuk ke laluan kanan, memotong kenderaan secara bahaya dan sikap tidak sabar pengguna jalan raya.

"Biasanya kemalangan berlaku di kawasan hitam yang sudah dikenalpasti khususnya di laluan Kuala Krai-Gua Musang dan Tanah Merah-Jeli-Gerik," katanya.

"Bagi pejalan kaki dan penunggang basikal, mereka biasanya tidak berhati-hati ketika melintas jalan sehingga menjadi mangsa langgar," katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel