Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan segera perlu diambil selamatkan Orang Asli Kuala Koh - Husam


Tarikh kemaskini: 08/06/2019





KOTA BHARU, 8 Jun (Bernama) -- Tindakan segera perlu diambil bagi menyelamatkan masyarakat Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh yang berdepan ancaman kesihatan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa.

Husam berkata siasatan perlu dilakukan jika kematian penduduk berpunca daripada sisa buangan lombong besi yang mencemari kawasan tadahan air penduduk.

"Langkah segera membekalkan air bersih hendaklah diambil dan kesan amalan perlombongan berkenaan hendaklah disiasat dan diatasi.

"Adalah satu peristiwa malang, Orang Asli yang telah sedia ketinggalan dan kesempitan dalam semua segi, disukarkan lagi kehidupan mereka sehingga mengorbankan bilangan yang besar keluarga mereka, termasuk kanak-kanak.

“Lebih penting ialah anggota masyarakat mereka yang masih hidup tidak terus menjadi mangsa dan dapat diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru semua agensi terbabit tampil menyiasat kedudukan sebenar isu berkenaan seterusnya mengambil langkah proaktif menyelamatkan mangsa dan memaklumkan kedudukan sebenar kepada keluaga dan masyarakat Orang Asli yang terlibat dan rakyat secara keseluruhannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Taufik Maidin hari ini dilapor menafikan dua penduduk Orang Asli yang meninggal dunia di Kampung Kuala Koh pada 29 Mei lepas dan semalam berpunca sakit misteri.

Taufik turut dipetik menafikan dakwaan penduduk Orang Asli di perkampungan itu yang menyatakan 13 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit itu memandangkan pihaknya hanya menerima laporan kematian dua orang sahaja setakat ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel