Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita British maut go-kart terbabas


Tarikh kemaskini: 07/06/2019





JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Seorang wanita warga British maut selepas go-kart yang dipandunya di sebuah pusat sukan ekstrem terbabas dalam kejadian di Iskandar Puteri, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kemalangan melibatkan Chloe Josephine, 18, itu berlaku kira-kira pukul 9.20 malam.

“Seorang pengadu memberitahu marshall yang bertugas di litar itu yang dia terdengar satu dentuman yang kuat sebelum marshall itu bergegas ke tempat kejadian dan memaklumkan go-kart seorang wanita terbabas,” katanya.

Sejurus itu, marshall berkenaan memaklumkan perkara berkenaan kepada rakan mangsa dan mangsa dibawa ke Hospital Gleneagles, Iskandar Puteri untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun disebabkan mengalami pendarahan di hidung, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat “post trauma’.

Hasil siasatan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di pusat sukan ekstrem itu tidak berfungsi dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kulai menunjukkan mangsa meninggal akibat kecederaan di kepala.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel