Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedai emas rugi RM462,000, 237 utas rantai disamun


Tarikh kemaskini: 07/06/2019




JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki dipercayai bersenjatakan pistol melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM462,000 dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di pusat membeli-belah di Taman Universiti, Skudai, semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara (JBU), ACP Mohd Taib Ahmad berkata lelaki itu yang berjaket gelap dan putih serta memakai penutup mulut dan helmet bervisor gelap mendekati kedai itu pada pukul 12.23 tengah hari.

Ketika kejadian terdapat lima pekerja termasuk pengawal dalam kedai berkenaan.

“Suspek mengugut supaya memberi kerjasama dan memaklumkan bahawa dirinya mempunyai pistol. Disebabkan ketakutan, mangsa (pekerja kedai) telah mengeluarkan barang kemas daripada empat bekas di dalam meja seperti yang diminta oleh suspek.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama 237 utas rantai emas pelbagai jenis dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan kedai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ini adalah kali pertama kejadian samun berlaku di premis berkenaan dan berdasarkan semakan, nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek palsu. 

“Pengawal keselamatan kedai emas berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Sesyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel