Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Op Selamat 15 : Johor catat 19 kematian dalam tempoh lapan hari


Tarikh kemaskini: 07/06/2019





JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Johor merekodkan sebanyak 19 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh lapan hari Op Selamat 15/2019 dijalankan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata angka kematian itu melibatkan 14 kes kemalangan motosikal, tiga (kereta) dan satu (pejalan kaki).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata jalan persekutuan mencatatkan sebanyak enam kes kemalangan maut, diikuti lima kes bagi (jalan lebuhraya), empat kes (jalan bandaran), dua kes (jalan negeri) dan satu kes (jalan lain-lain).

“Op secara keseluruhannya telah mencatatkan sebanyak 2,041 kes kemalangan dalam tempoh itu, meningkat sebanyak 154 kes berbanding 1,887 kes yang direkod dalam tempoh sama bagi Op Selamat 13/2018.

“Daripada jumlah itu, lima daerah yang paling tinggi kadar kemalangan ialah Johor Bahru Selatan iaitu sebanyak 454 kes, 290 (Johor Bahru Utara), 232 (Batu Pahat), 200 (Seri Alam) dan 190 (Iskandar Puteri)

“Selain itu, Jalan Bandaran juga menunjukkan  kadar kemalangan paling tinggi iaitu sebanyak 819 kes, diikuti 448 (Jalan Persekutuan), 347 (Jalan Negeri), 185 (lebuhraya) dan 170 bagi jalan lain-lain,” katanya.

Menurut Mohd Khalil, antara punca utama  kemalangan berlaku adalah pemandu gagal mengawal kenderaan, mengekori terlalu rapat, terbabas, cuai keluar atau masuk simpang dan cuba memotong serta mengubah laluan.

“Dari statistik ini, kita dapat simpulkan bahawa pertambahan kenderaan yang banyak di jalan raya, jaringan jalan yang tidak dapat menampung pertambahan kenderaan, sikap pemanduan yang tidak berhemah serta kurang  kemahiran dalam pengendalian kenderaan adalah antara punca kemalangan meningkat.

“ Faktor cuaca pula  merupakan faktor utama yang mendorong kepada kemalangan berlaku,” katanya.

 

-- BERNAMA  

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel