Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua maut dalam tragedi konvoi raya


Tarikh kemaskini: 07/06/2019





KUANTAN, 7 Jun (Bernama) -- Perjalanan pulang dua rakan selepas berhari raya secara berkonvoi berakhir tragedi apabila dilanggar selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23, Maran dekat sini Khamis malam. 

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kejadian pada 10.15 malam itu menyebabkan Hamdan Mat, 47,  maut ditempat kejadian manakala Mohammad Shahrizan Ahmad, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Jengka. 

Manakala seorang lagi rakan mereka Abu Bakar Ahmad, 26, yang turut menunggang motosikal sendiri bagi menyertai konvoi dari Jengka 22 ke Jengka 23 itu, patah tangan kanan. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Hamdan dan Mohammad Shahrizan bergesel di kawasan selekoh menyebabkan mereka terjatuh ke arah laluan bertentangan dan dilanggar kereta Proton Waja. 

"Pemandu Proton Waja mendakwa tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat sebelum keretanya juga terbabas dan melanggar Abu Bakar serta sebuah kereta Honda Civic yang berada di belakang konvoi mangsa," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Norzamri berkata lelaki yang masing-masing memandu Proton Waja  yang berusia 54 tahun dan Honda Civic, 32, bagaimanapun tidak cedera. 

Beliau berkata jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel