Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis siasat tular kereta terbakar akibat mercun di Kota Bharu


Tarikh kemaskini: 06/06/2019





KOTA BHARU, 6 Jun (Bernama) -- Polis akan menjalankan siasatan lebih lanjut berkaitan satu kes yang ditularkan mengenai sebuah kereta yang terbakar didakwa akibat dibaling mercun pada 4 Jun (malam raya) lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan kejadian itu dan perkara itu akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

"Setakat ini polis masih melakukan siasatan dengan bantuan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan untuk mengesahkan sama ada punca kebakaran itu adalah dari perbuatan balingan mercun atau punca lain.

"Kita memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak bermain atau membakar mercun kerana ia satu kesalahan selain boleh mendatangkan bahaya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti bermain dan membakar mercun.

"Polis telah menubuhkan satu pasukan khusus untuk memantau dan mengambil tindakan berhubung perkara ini," katanya.

Sejak semalam tular dalam laman sosial mengenai sebuah kereta jenis Perodua Kancil dikatakan terbakar selepas dibaling mercun oleh sekumpulan individu.

Dalam kejadian menjelang pukul 12 tengah malam itu, mercun yang dibaling dikatakan termasuk ke dalam kereta dan meletup menyebabkan percikan api dan terbakar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel