Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak lelaki hilang ditemui lemas di Lagoon Kuala Ibai


Tarikh kemaskini: 06/06/2019





KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas di taman rekreasi Lagoon Kuala Ibai berdekatan Masjid Terapung, di sini pagi tadi, ditemui petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, mayat Muhammad Aidil Muhammad Ghazali ditemui terapung pada 4.48 petang, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

“Ketika mangsa dijumpai pasukan penyelamat, air ketika itu tengah surut dan ini memudahkan operasi pencarian,” katanya ketika dihubungi mengenai penemuan mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Abdullah Zawawi berkata mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Muhammad Aidil yang datang ke taman rekreasi itu bersama keluarganya sebelum ini dilaporkan terjerumus ke dalam air dan hanyut ketika bermain di gigi air.

Mangsa datang ke situ bersama keluarga yang pulang dari Johor Bahru, Johor ke kampung ibunya di Kampung Tanjung di sini sempena Hari Raya.

Pihak bomba dan penyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air menggunakan sebuah bot dan tiga anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mencari kanak-kanak itu.

Orang ramai turut membantu pasukan penyelamat mencari mangsa menggunakan dua bot.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel