Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga beranak maut dalam kemalangan


Tarikh kemaskini: 06/06/2019





JOHOR BAHRU, 6 Jun (Bernama) -- Tiga beranak maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta Proton Wira dan Proton Exora di Kilometer 15 Jalan Mersing-Endau, Mersing, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Mohd Safar Zakaria, 34, bersama isteri, Nurul Jannah Talib, 29, maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Darwisy, empat tahun, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Mersing. 

Dua lagi anak mangsa yang juga berada dalam kenderaan terbabit turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital sama bersama keenam-enam penumpang lain dari Proton Exora.

Ketua Polis Daerah, Supt Cyril Edward Nuing berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang dipandu Mohd Safar dalam perjalanan dari arah Endau menuju ke Mersing sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan dan menyebabkan pertembungan dengan Proton Exora. 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Cyril menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu dan memandu dengan lebih berhemah, sabar serta mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel