Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10 maut sepanjang tujuh hari Op Selamat di Kelantan


Tarikh kemaskini: 06/06/2019





KOTA BHARU, 6 Jun (Bernama) -- Sebanyak 366 kemalangan melibatkan 10 kematian direkodkan oleh polis Kelantan dalam Op Selamat bermula 29 Mei hingga Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Supt Markandan Subramaniam berkata, kesemua kes kematian melibatkan empat pemandu kereta, penumpang kereta (dua), penunggang motosikal (satu), penunggang basikal (satu) dan pejalan kaki (dua).

Katanya punca utama kemalangan maut adalah disebabkan terbabas masuk ke laluan kanan dan memotong kenderaan secara berbahaya kerana sikap tidak sabar selain melintas jalan secara tidak cermat bagi mangsa pejalan kaki dan penunggang basikal.

"Daerah yang menyumbang ke arah kemalangan maut adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang.

"Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 6,221 saman pelbagai kesalahan lalu lintas telah dikeluarkan dengan paling ketara adalah kerana memandu laju," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Menurutnya kebanyakan kemalangan maut yang berlaku adalah di kawasan hitam yang sudah dikenal pasti.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel