Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki mati lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Balau


Tarikh kemaskini: 05/06/2019





JOHOR BAHRU, 5 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki mati lemas ketika bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar PBK II Abd Rahim Abd Rani berkata mangsa, R. Ramesh, 44, bermandi-manda di pantai itu bersama dua anak saudaranya iaitu P. Arun , 20, dan T. Bavani, 38.

“Ketika kejadian, air surut namun mereka telah pergi ke bahagian tengah pantai untuk mandi, yang struktur tanahnya lebih curam sehingga menyebabkan mereka sedikit tenggelam.

“Dalam kekalutan itu, mangsa sempat menyelamatkan anak saudaranya namun selepas itu dia pula yang mati lemas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Abd Rahim berkata mangsa kemudian dibawa naik ke darat oleh pelancong yang berada di kawasan pantai.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel