Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SPRM bebas siasat GLC di Johor - MB


Tarikh kemaskini: 05/06/2019





JOHOR BAHRU, 5 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri memberi kebebasan seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) untuk menyiasat mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang terlibat dengan salah laku. 

Tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal juga berkata pihaknya bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya diperlukan.

“Kita akan memberikan kerjasama dan kebebasan seluas-luasnya untuk SPRM menyiasat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasminya, Saujana, di sini, hari ini.

Beliau ditanya apakah pihaknya akan memberi laluan atau kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana GLC memandangkan terdapat GLC di negeri ini dilaporkan sedang disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.

Berhubung isu lain, Dr Sahruddin berkata pihaknya akan membuat keputusan berhubung bayaran pampasan ke atas tanah Orang Asli Seletar di Stulang Laut dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

Keputusan akan dibuat melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Saya telah maklum isu itu dan mungkin seminggu atau dua minggu lagi, akan ada mesyuarat kerajaan negeri untuk kita pertimbang dan mencari penyelesaian lebih baik. 

Apa pun hasilnya nanti, kita akan beritahu kepada masyarakat,” katanya.

Pada Isnin lepas, seramai 51 Orang Asli Seletar dari Kampung Orang Asli Kuala Masai, Pasir Gudang memfailkan permohonan semakan kehakiman mandamus di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi menyelesaikan isu pampasan tanah mereka di Stulang Laut, yang masih tertangguh sejak sembilan tahun lepas.

Kesemua mereka yang dipindahkan dari perkampungan asal di Stulang Laut ke Kampung Orang Asli Kuala Masai itu diwakili peguam Tan Poh Lai.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel