Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas rugi RM17,000 akibat ditipu 'cucu'


Tarikh kemaskini: 05/06/2019




KUANTAN, 5 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas kerugian RM17,000 setelah diperdayakan oleh orang tidak dikenali yang mengaku dirinya sebagai cucu mangsa. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 73 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali pada 1.35 tengah hari, 2 Mei lepas. 

"Suspek dikatakan menyamar sebagai cucu mangsa dan memberitahu ingin meminjam wang untuk dijadikan modal berniaga. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek. 

"Selang beberapa jam kemudian, suspek sekali lagi meminta wang sebanyak RM16,000 yang juga dituruti mangsa tanpa banyak bersoal jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa yang menetap di Cameron Highlands hanya menyedari dirinya ditipu pada 29 Mei, selepas dia menghubungi cucu tersebut bagi bertanyakan mengenai pinjaman wang yang dibuat. 

Cucu mangsa menafikan dirinya ada meminjam wang dan mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands semalam, kerana mahu mendapatkan semula wang miliknya. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel