Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga ekor gajah mati disyaki diracun


Tarikh kemaskini: 04/06/2019





JOHOR BAHRU, 4 Jun (Bernama) -- Tiga ekor gajah betina ditemukan mati dipercayai akibat diracun di Kampung Sri Timur 3, dekat Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail, berkata, penemuan pada jam 9.30 pagi itu adalah susulan maklumat orang awam yang ternampak tiga ekor gajah itu terbaring bergelimpangan di kampung berkenaan.

“Kejadian telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan Kluang dan kira-kira jam 11.30 pagi, wakil dari jabatan itu tiba di tempat kejadian untuk menjalankan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban, yang dihubungi Bernama, mengesahkan tentang kematian itu dan memberitahu pihaknya masih lagi menunggu laporan forensik untuk mengetahui punca sebenar kematian. 

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menjelaskan kejadian tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel