Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cuba larikan kenderaan: dua lelaki ditahan


Tarikh kemaskini: 04/06/2019




JOHOR BAHRU, 4 Jun (Bernama) -- Dua lelaki yang cuba melarikan sebuah kenderaan diberkas polis dalam kejadian di Kulai, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata tangkapan dilakukan di kawasan Taman Cantik kira-kira 4.15 pagi sejurus polis mendapat maklumat bahawa dua lelaki tempatan telah mengumpil pintu depan dan belakang sebuah kereta Perodua Alza di Taman Desa.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian dan apabila sampai, jiran kepada pemilik kenderaan yang telah diumpil memberitahu bahawa ternampak seorang lelaki yang melakukannya.

“...dan kemudian ketika polis sedang menjalankan pemeriksaan ke atas motokar tersebut, telah lalu sebuah kenderaan jenis Proton Savvy yang dipandu dengan laju dan saksi (jiran) yang melihat kejadian telah memberitahu bahawa kenderaan tersebut merupakan kenderaan suspek.

“Berikutan itu, polis telah mengejarnya dan berjaya menahan kenderaan suspek di Taman Cantik. Anak kunci tertera nama Proton For turut dirampas bersama kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tok berkata suspek dan barang rampasan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel