Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Johor terus adakan program keusahawanan untuk anak muda


Tarikh kemaskini: 04/06/2019




KLUANG, 4 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri akan terus mengadakan program keusahawanan bagi menggalakkan penglibatan anak muda khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata program itu antaranya ialah Koperasi Azam Muda Keusahawanan yang memperuntukkan sejumlah RM200,000 kepada pelajar sekolah untuk menghasilkan inovasi terhadap barangan yang dijual.

“Mereka (pelajar) perlu mencadangkan satu proposal (cadangan) dan kalau bersesuaian dan bertepatan dengan syarat yang ditentukan maka kita akan luluskan,” katanya dalam sidang media Jualan Jimat Sempena Aidilfitri di IM Coop Paloh, di sini, hari ini.

Sheikh Umar berkata selain itu, pihaknya turut menyediakan dana sebanyak RM2 juta kepada koperasi komuniti untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Setiap koperasi komuniti yang memohon perlulah ada cadangan perniagaan yang mampu berdaya saing dan setakat ini, baru ada 10 permohonan dan kita masih lagi buka permohonan tersebut agar lebih ramai yang dapat merebut peluang,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel