Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak perantauan pulang beraya dinasihat jaga kebersihan dan jimat air - Ahmad Yakob


Tarikh kemaskini: 03/06/2019





KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) -- Anak Kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk beraya diharap mengikuti dan memberi sokongan kepada program “Kelantanku Bersih dan Ceria” supaya dapat bersama-sama menjaga kebersihan sama ada di jalan raya, di kampung halaman, atau di mana sahaja berada.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam perutusan sempena Aidilfitri turut menasihatkan supaya penggunaan air tidak dibazirkan dengan pertambahan jumlah perantau yang masuk ke Kelantan di musim perayaan ini.

Beliau berkata sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijangkakan tidak kurang sejuta anak perantau akan pulang ke kampung masing-masing dan ini sudah pasti memerlukan banyak penggunaan air.

"Bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kekurangan air dan berisiko, kerajaan menyediakan tangki-tangki statik di lokasi tertentu. 

"Hendaklah kita juga berjimat cermat dan elakkan pembaziran air supaya diberi keberkatan dan dapat kita menyambut hari raya dengan penuh kasih sayang," katanya.

Jelasnya, sempena perayaan Aidilfitri kali ini orang ramai diharap dapat gunakan peluang ini untuk bersama-sama bermaafan dan saling mengunjungi antara satu sama lain sama ada bersama kaum keluarga, sanak-saudara, sahabat handai dan kenalan.

"Kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang akan pulang ke Kelantan dengan kenderaan, sentiasalah berhati-hati dan mengikut peraturan serta nasihat sepanjang perjalanan dan jangan lupa membaca doa memohon keselamatan dalam perjalanan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel