Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KADA peruntuk lebih RM2 juta salur Geran Agropreneur Muda


Tarikh kemaskini: 03/06/2019




KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah menyalurkan bantuan dan pembiayaan Geran Agropreneur Muda (GAM) lebih RM2 Juta kepada 203 orang usahawan muda di negeri ini bagi tempoh tiga tahun sejak 2017. 

Pengerusinya, Senator Datuk Husam Musa berkata penyaluran geran dan pembiayaan tersebut bagi menarik minat belia ke arah pertanian sekali gus memodenkan sektor ini. 

“Dengan adanya pembiayaan ini diharap ia dapat mengubah persepsi belia bahawa sektor pertanian adalah sektor yang berdaya maju yang dapat meningkatkan pendapatan mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan GAM FASA 1/2019 di Auditorium KADA di sini, hari ini. 

Beliau berkata, bagi GAM FASA 1/2019 sebanyak RM135,000 telah disalurkan kepada 8 usahawan muda di negeri ini termasuk di Tumpat, Pasir Puteh , dan Pasir Mas. 

“Antara GAM yang diberikan termasuk geran tanaman melibatkan fertigasi, madu kelulut, nenas selain geran ternakan lembu dan rusa dan juga geran perikanan dan Industri Asas Tani,” katanya. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel