Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan baharu Melaka River Cruise November depan


Tarikh kemaskini: 03/06/2019





MELAKA, 3 Jun (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah baik mutu perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC) bagi menarik lebih ramai kunjungan pelancong termasuk memperkenal laluan baharu dengan memanjangkan laluan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin berkata laluan baharu itu akan melibatkan perjalanan sejauh 10 kilometer keseluruhan dengan laluan dari Jeti Pengkalan Rama hingga ke Melaka Sentral yang dijangka bermula November atau Disember depan.

Katanya   laluan sedia ada hanya membabitkan perjalanan sejauh 4.5 kilometer menyusuri Sungai Melaka bermula dari Jeti Pengkalan Rama hingga ke Dataran Sungai Melaka.

"Perjalanan laluan baharu MRC ini memakan masa 1 jam 45 minit selain dijangka perkhidmatan teksi air turut akan diperkenalkan kepada orang ramai dan pelancong sebagai pilihan untuk mengelakkan kesesakan di tengah bandar raya.

"Ia merupakan sebahagian daripada Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa Dua yang dilihat bakal menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke negeri ini," katanya kepada Bernama.

Azlan berkata bersempena perayaan Aidilfitri, perkhidmatan MRC akan ditutup bermula 6 petang esok seterusnya cuti sehari pada Rabu dan akan beroperasi seperti biasa pada keesokan harinya.

Dalam pada itu, beliau berkata PPSPM turut memperkenalkan program perintis jurumudi bot dengan usaha sama beberapa agensi  bagi memberi peluang kerjaya kepada golongan belia di Sungai Melaka.

"Seramai 28 peserta termasuk tujuh wanita menjalani latihan selama dua bulan sepenuh masa dengan mengikuti lima modul berkaitan pengendalian bot bagi melayakkan mereka menjadi seorang jurumudi dan kapten feri," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel