Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

13 kampung di Alur Limbat diterangi cahaya pelita


Tarikh kemaskini: 03/06/2019





KUALA TERENGGANU, 3 Jun (Bernama) -- Bagi mengembalikan nostalgia Hari Raya Aidilfitri, 13 kampung yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat diterangi cahaya kira-kira 200 lampu pelita bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata pertandingan yang bermula 30 Mei sehingga 7 Jun itu menyaksikan setiap kampung yang terlibat membina replika atau monumen menggunakan lampu pelita mengikut kreativiti masing-masing.

“Setiap MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang terlibat dibekalkan dengan 200 pelita dan minyak tanah dan peserta perlu memilih kawasan atau tapak untuk memasang pelita raya tersebut berdasarkan kesesuaian.

“Proses penjurian akan dibuat sepanjang pertandingan berlangsung dan kampung yang paling kreatif dan menepati kriteria yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 di Kampung Gelugor di sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Alur Limbat berkata pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai RM500, tempat kedua (RM300), tempat ketiga (RM200) dan tempat keempat (RM100).

Dalam pada itu, Ariffin berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan pertandingan tersebut bagi peringkat antara daerah pada tahun hadapan.  

Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2019 yang dianjurkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bagi peringkat kampung dalam kawasan DUN mula diperkenalkan pada 2009, melibatkan DUN Tepuh dan kemudian diadakan di kawasan lain. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel