Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Terengganu rekod 315 kes sejak Januari


Tarikh kemaskini: 02/06/2019





KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merekodkan 315 kes melibatkan pelbagai kesalahan hasil operasi yang dijalankan sejak Januari lepas.

Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata ia melibatkan nilai rampasan berjumlah RM320,986.93 dan kompaun sebanyak RM40,100.

"Ia adalah hasil 23,652 pemeriksaan yang dijalankan KPDNHEP Terengganu di seluruh negeri sepanjang tempoh itu.

"Bagi hukuman denda oleh mahkamah pula, sebanyak 27 kes di bawah Akta Pelindunggan Pengguna 1999 telah disabit kesalahan dan dikenakan denda berjumlah RM139,800," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, KPDNHEP Terengganu menggesa orang ramai supaya terus memberi kerjasama untuk memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan. 

Beliau berkata sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan melalui talian Bebas Tol 1-800-886-800, aduan melalui aplikasi whatsapp 019-279 4317 dan aduan secara atas talian http://eaduan.kpdnhep.gov.my.

"Orang ramai juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP ADUAN atau ke media sosial Twitter serta Facebook KPDNHEP atau hadir sendiri ke pejabat terdekat untuk membuat laporan," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata  seramai 110 anggota penguatkuasa dan 60 Pegawai Pemantau Harga dari Majlis Harga Barangan Negara telah memeriksa harga barang di semua 129 lokasi bazar Ramadan seluruh negeri sejak 6 Mei lalu. 

"Secara keseluruhannya, sebanyak 6,987 premis telah diperiksa dan 13 amaran dikeluarkan bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga. Hasil daripada pemeriksaan berulang, 13 peniaga yang diberi amaran telah mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.

Bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk Hari Raya Adilfitri yang bermula pada 21 Mei pula, KPDNHEP Terengganu telah memeriksa 1,353 premis di peringkat borong dan runcit. 

"Secara umumnya, tahap pematuhan amat baik dan tidak ada kes-kes yang begitu ketara berlaku. Ini terbukti apabila sehingga kini, hanya tiga kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan RM157.50 dan jumlah keseluruhan kompaun RM300," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel