Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan utama Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai terkawal


Tarikh kemaskini: 02/06/2019





GUA MUSANG, 2 Jun (Bernama) -- Trafik di laluan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai kini masih lagi terkawal tetapi dijangka mulai sesak dengan kenderaan lewat petang ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi Bernama berkata sekiranya berlaku kesesakan, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gua Musang-Lojing atau Gua Musang-Jeli melalui jambatan baharu di Kampung Pulau Setelu yang sudah dibuka sejak seminggu lepas.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati dalam perjalanan supaya selamat sampai ke destinasi bagi menyambut lebaran ini.

Sementara itu, tinjauan mendapati jalan utama itu semakin sesak tetapi aliran trafik terkawal pada masa ini.

Kebanyakan mereka mula bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah pagi sebelum tiba di bandar petang ini dengan mengambil masa perjalanan lebih enam jam berbanding perjalanan hari biasa antara tiga hingga empat jam. 

Bagaimanapun, kata seorang perantau, Seman Latiff, 48, perjalanannya kali ini lebih selesa dan kurang sesak berbanding tahun lepas kerana cuti sekolah lebih awal membolehkan ibu bapa merancang perjalanan mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel