Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua wanita cabang PKR melaka letak jawatan: selesaikan secara muafakat


Tarikh kemaskini: 02/06/2019





MELAKA, 2 Jun (Bernama) -- Peletakan jawatan dua ketua wanita cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Melaka, diharap dapat diselesaikan menerusi perundingan secara baik dan muafakat demi keutuhan parti komponen Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi PH Melaka Adly Zahari.

Adly yang juga Ketua Menteri Melaka berkata setiap isu yang berlaku mempunyai jalan penyelesaian, dan kepimpinan parti di peringkat tertinggi PKR khususnya Wanita PKR, pasti mempunyai kebijaksanaan menangani masalah yang berlaku.

"Kita lihat ia (perletakan jawatan) adalah isu dalaman PKR, dan saya yakin mereka dapat menyelesaikannya secara muafakat kerana ia merupakan cara terbaik dalam menangani setiap masalah yang berlaku.

"Di peringkat PH pun, prinsip muafakat ini menjadi pegangan kita agar hubungan antara parti dalam PH dapat diperkukuhkan, dan memberi manfaat secara bersama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Harapan Rakyat Anjuran Wanita PH Kota Melaka di Telok Mas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan dua ketua wanita cabang PKR Melaka, sekali gus didakwa berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Ketua Wanita PKR cabang Tangga Batu, Rohanie Mahmud meletak jawatan dan menyertai Umno, manakala Ketua Wanita PKR cabang Kota Melaka, Lilla Madon meletak jawatan kerana faktor kesihatan.

Mengulas lanjut, Adly berkata kemuafakatan dalam parti penting bagi memastikan setiap perancangan yang dilakukan dapat dinikmati rakyat di setiap peringkat sekali gus memberi impak positif pada PH.

"Sebagai contoh penganjurkan Pasar Harapan Rakyat pada hari ini adalah bukti Wanita PH sentiasa memikirkan usaha untuk memajukan rakyat, negeri dan negara secara muafakat," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel