Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MB Johor adakan rumah terbuka Aidilfitri 1 Syawal


Tarikh kemaskini: 02/06/2019





JOHOR BAHRU, 2 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama, di kediaman Menteri Besar di Saujana, di sini.

Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor (Medkom) menerusi kenyataan berkata majlis berkenaan dijadualkan bermula pada 9 pagi hingga 2 petang.

Dr Sahruddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong turut mengadakan majlis rumah terbuka di Kompleks Sukan Pagoh, Muar pada 4 Syawal.

Majlis berkenaan bermula pada 2 petang hingga 6 petang.

“Bersama-sama kita memeriahkan sambutan Aidilfitiri bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Semua dijemput hadir,” menurut Medkom.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel