Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Revolusi Industri 4.0 beri manfaat kepada peniaga dalam talian


Tarikh kemaskini: 02/06/2019




KOTA BHARU, 2 Jun (Bernama) -- Revolusi Industri 4.0 yang berlaku ketika ini di seluruh dunia memberi manfaat besar kepada peniaga dalam talian untuk memasarkan produk yang dijual mereka.

Malah, media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang mempunyai kemudahan untuk membuat siaran langsung (live) membuka peluang besar kepada peniaga untuk berinteraksi dengan pelanggan  lebih mudah.

Seorang peniaga beg dan kasut terpakai, Aslinda Mohd Embran, 42, berkata beliau memanfaatkan sepenuhnya aplikasi Facebook Live untuk menjual barangannya secara terus kepada pelanggan.

Aslinda yang memulakan perniagaan tersebut kira-kira enam bulan lepas berkata sebelum itu beliau hanya membuat 'posting' atau hantaran di laman sosial sahaja dan tidak membuka sebarang premis untuk perniagaannya.

"Melalui medium ini, pelanggan dapat bertanya secara terus kepada saya mengenai sesuatu perincian barangan yang saya jual setiap kali membuat siaran langsung di media sosial.

-- LAGI

 

PENIAGA-JALUR LEBAR 2 (AKHIR) KOTA BHARU

 

"Dengan cara ini, pelanggan lebih yakin dengan keaslian barangan yang dijual sekali gus dapat meningkatkan imej peniaga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Ditanya mengenai perbezaan antara Facebook Posting dan Facebook Live dalam usaha menarik pelanggan, beliau berkata siaran langsung di platform berkenaan lebih digemari pelanggan.

Beliau berkata ini kerana pelanggan berasa lebih dekat dengan peniaga dan dapat berinteraksi secara terus dengan peniaga.

"Selalunya saya akan buat Facebook Live pada pukul 10 pagi dan 5 petang untuk jual beg manakala untuk kasut pula, ia akan dilakukan pada tengah malam kerana peminat barangan terpakai lebih memilih masa-masa berkenaan terutama selepas mereka pulang kerja.

"Antara jenama yang ada dalam koleksi saya kini ialah Bentley, Ferragamo dan Timberland dengan kesemua barangan asli itu dibeli daripada pembekal tempatan," katanya.

-- LAGI

 

PENIAGA-JALUR LEBAR 3 (AKHIR) KOTA BHARU

 

Dalam pada itu, Aslinda turut berharap agar kerajaan dapat meningkatkan perkhidmatan jalur lebar di negara ini kerana ia mudah terganggu.

"Buat masa ini, saya melanggan tiga jenis perkhidmatan iaitu talian tetap, pascabayar dan prabayar kerana jika salah satu talian terganggu, saya boleh menukarnya secepat yang mungkin agar siaran langsung dapat dilakukan dengan lancar.

"Justeru, saya memohon agar kerajaan dapat menambah baik perkhidmatan jalur lebar ini kerana ia ternyata memberi manfaat kepada peniaga dalam talian seperti saya," katanya.

-- BERNAMA

 


FBA FBA HAZ

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel