Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lagi 300 rumah PPRT dibina tahun ini - Rina Harun


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





DUNGUN, 1 Jun (Bernama) -- Kira-kira 300 lagi rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dapat dibina tahun ini di seluruh negara dengan menggunakan teknologi Sistem Binaan Industri (IBS), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berkata tambahan itu menjadikan lebih 1,800 rumah PPRT akan dibina tahun ini berbanding perancangan asal hanya 1,500 rumah.

“Walaupun peruntukan yang diterima lebih sedikit berbanding tahun 2018 tetapi kementerian sentiasa proaktif dan inovatif dengan menyediakan rumah menggunakan teknologi IBS yang dalam masa sama tidak menjejaskan kualiti dan saiz rumah,” katanya.

Di samping itu, kerajaan meneruskan program membaik pulih 10,000 rumah PPRT tahun ini. katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Watikah Anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, di Pusat Komuniti Desa di Bandar al-Muktafi Billah Shah di sini, hari ini. 

Sementara itu, kementerian berharap Bank Negara Malaysia memberikan sedikit kelonggaran kepada golongan belia di luar bandar untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel