Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS Pulau Pinang rampas 266 ekor ikan hiasan


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





GEORGE TOWN,1 Jun (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 266 ekor ikan hiasan air masin pelbagai spesies di Kompleks Kargo ke 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di Bayan Lepas dekat sini pada Khamis.

Pengarah MAQIS negeri Zarina Ramli berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan unit operasi dalaman MAQIS, pihaknya telah berjaya membongkar kes penyeludupan ikan hiasan berkenaan.

"Pemeriksaan MAQIS mendapati sebuah syarikat telah mengimport ikan hiasan berkenaan namun tidak memohon sebarang dokumen yang sah seperti permit import dari pihak kami atau dalam maksud lain syarikat tersebut cuba menyeludup ikan-ikan itu," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya syarikat itu disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana mengimport ikan tanpa mempunyai permit import sah dari MAQIS dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata pihaknya sentiasa komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan di seluruh pintu masuk negara terutama di Pulau Pinang terutama pihak yang cuba membawa menyeludup ikan hiasan bagi mengaut keuntungan yang besar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel