Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga Kemboja antara empat individu ditahan jual mercun di Kota Tinggi


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warga Kemboja antara empat individu yang ditahan dalam Ops Mercun Bersepadu di kawasan Bazar Ramadan, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata warga Kemboja berusia 34 tahun itu, turut ditahan bersama dua lelaki warga tempatan lingkungan umur 17 tahun hingga 20 tahun dan seorang wanita warga tempatan lingkungan umur 40 tahun, bersama-sama pelbagai bunga api dan mercun di bazar itu.

"Bertindak di atas hasil maklumat dan risikan kegiatan penjualan mercun, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah melakukan serbuan kira-kira pukul 9.00 malam di bazar berkenaan.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas 254 kotak yang mengandungi pelbagai jenis bunga api dan mercun dianggarkan bernilai RM20,000, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ashmon berkata, kesemua suspek yang ditangkap beserta barang-barang rampasan telah dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum  RM10,000 atau kedua-duanya.

Untuk tangkapan melibatkan warga Kemboja pula, kes disiasat di bawah Sekayen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 ( PIN. 2002 ). 

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel