Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kereta terbabas, ibu dan anak maut


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





KANGAR, 1 Jun (Bernama) -- Seorang wanita dan anak perempuannya maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 9, Jalan Sungai Berembang, Simpang Empat di sini, hari ini. 

Roshila Ishak, 39, mati ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini manakala anaknya Nor Zahara Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian pukul 1.00 tengah hari itu kereta yang dipandu suami Roshila tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk.

Kemalangan itu turut menyebabkan Mohamad Fauzi Fazin, 34, dan dua lagi anak mereka Nur Umaira Hasanah, 6, dan Mohamad Arif Aiman, 10, cedera parah dan dirawat di HTF, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, ketika kejadian kereta Perodua Kelisa yang dinaiki keluarga itu dari arah Kangar ke Simpang Empat melalui Jalan Behor Mali-Sungai Berembang.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Unit Forensik, HTF untuk bedah siasat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel