Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agro Bazaar Aidil Fitri FAMA tawar lebih 1,400 produk sempena musim perayaan


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





KANGAR, 1 Jun (Bernama) -- Agro Bazaar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menawarkan lebih 1,400 jenis produk industri asas tani termasuk barang-barang segar seperti ayam, daging dan sayur sempena musim perayaan ini.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata kebanyakan produk yang dipasarkan adalah hasil 215 usahawan Perlis yang menerima bantuan FAMA dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Banyak peningkatan dari segmen pasaran dalam kalangan pengusaha antaranya menawarkan jenis kuih baharu dengan pembungkusan lebih menarik.

Di Perlis, FAMA menyasarkan jualan tahun ini boleh mencecah RM700,000 berikutan sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bazaar Industri Asas Tani (IAT) dan Pasar Tani Khas Aidilfitri Perlis di Taman Sena Indah, di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan geran perkhidmatan asas IAT kepada tiga usahawan cemerlang FAMA Perlis bernilai antara RM15,000 sehingga RM21,000 seorang termasuk sumbangan cendera hati kepada dua peserta pasar tani cemerlang serta zakat kepada 60 anak yatim Perlis.

Ahmad berkata Pasar Tani Khas Aidilfitri bermula 30 Mei hingga 4 Jun ini diadakan di 300 lokasi seluruh negara dengan penyertaan hampir 9,000 orang dan menyasarkan jualan sebanyak RM9 juta tahun ini.

Dalam perkembangan lain, berkata berkata FAMA menyasarkan sebanyak 30,000 tan metrik durian untuk dieksport ke pasaran China di samping empat produk berasaskan durian.

Beliau berkata Kerajaan China juga meluluskan 32 tempat untuk eksport durian sejuk beku ke negara itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel