Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpustakaan Digital Kedah akan dibina tahun depan


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





GEORGE TOWN, 1 Jun (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan melalui  Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ( NCIA)  akan membina Perpustakaan Digital Kedah dengan kos RM15 juta bermula pada awal tahun depan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Kerajaan Persekutuan berhasrat melaksanakan pembinaan perpustakaan seumpama yang terdapat di Pulau Pinang, sebuah perpustakaan digital yang beroperasi 24 jam.

"Hari ini saya gembira pihak Kerajaan Persekutuan melalui NCIA) bercadang membina perpustakaan  digital yang sama (seperti) di Pulau Pinang di Alor Setar, Kedah dengan kos RM15 juta," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Perpustakaan Digital Pulau Pinang di sini hari ini.

Lim berkata pembinaan perpustakaan digital Kedah itu akan menggunakan konsep sama serta menggunakan arkitek yang sama dengan di Pulau Pinang bagi mengelakkan kos yang tinggi dikenakan.

"Kita akan menggunakan model sama yang ada di Pulau Pinang, mengaplikasikan konsep sama dan projek ini akan dibangunkan oleh NCIA," katanya.

Pada sidang media itu Lim turut mengumumkan pelantikan baharu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Sementara itu Jebasingam berkata NCIA akan terus melaksanakan projek-projek berimpak tinggi sekali gus berupaya mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk rakyat.

"Pulau Pinang sudah menjadi satu negeri yang unggul dari segi pembangunan, pembuatan khususnya dalam sektor elektronik dan teknologi tinggi. Di Pulau Pinang kita sudah ada Pusat Penyelidikan Kolaborasi Kejuruteraan, Sains dan Teknologi?????? (CREST) yang merupakan satu pusat  di mana kepakaran dalam bidang E&E (Elektrik dan Elektronik) akan ditumpukan dan ia akan akan memberi faedah kepada  pekerja-pekerja di kawasan ini," katanya.

Jebasingam berkata pada masa ini Kerajaan Persekutuan telah  meluluskan peruntukan sebanyak RM77 juta untuk program CREST.

"Ia adalah satu program berimpak tinggi dan CREST ini berpusat di Pulau Pinang  dan turut memberikan perkhidmatannya kepada  negeri Kedah, Perlis dan Perak.?????? Sehingga kini 134 projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah dilaksanakan melalui CREST yang turut memberi manfaat dan faedah kepada 77 pakar termasuk pihak universiti," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel