Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Muafakat penduduk Mukim Ulu Sungai Johor hasilkan 1,000 lemang untuk asnaf


Tarikh kemaskini: 01/06/2019




KOTA TINGGI, 1 Jun (Bernama) -- Tiga puluh pemimpin masyarakat dan 50 penduduk di Kampung Rantau Panjang, dekat sini, bergotong-royong menghasilkan kira-kira 1,000  batang lemang untuk diagihkan kepada asnaf serta komuniti di sekitar Mukim Ulu Sungai Johor, dekat sini. 

Program  itu yang diilhamkan oleh Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor Azmir Mad Razuki bertujuan untuk memupuk perpaduan dan kerjasama di samping menyemarak semangat bergotong-royong serta keriangan  menjelang ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi.

"Lemang merupakan makanan tradisi semasa hari raya, disediakan menggunakan beras pulut serta santan dan dibakar di dalam buluh sangat digemari di kalangan masyarat di negara ini. Namun, masyarakat di sini biasanya lebih popular dengan hidangan ketupat nasi yang dianyam menggunakan pucuk daun kelapa.

"Penyediaan lemang yang memerlukan ketekunan dan kesabaran dalam mencari buluh yang sesuai serta pandai mengawal bara api supaya tidak hangus mahupun terbakar, membuatkan ramai penduduk di sini tidak dapat merasa kesedapan lemang pada hari raya. Oleh itu kami buat program begini, " katanya ketika ditemui pemberita pada Program Seribu Lemang Sejuta Kasih Semarak Semangat Aidilfitri di kampung berkenaan, semalam. 

Katanya, aktiviti gotong-royong yang dimulakan seawal jam 8 pagi dan selesai jam 5 petang itu, turut melibatkan masyarakat Orang Asli kerana mereka mahir mencari buluh  di sekitar kawasan mukim berkenaan. 

Sementara itu, Tok Batin Etnik Jakun dari  Kampung Orang Asli Pasir Intan, Hamdan Yusof melahirkan kegembiraan kerana masyarakat Orang Asli turut menjayakan program tersebut sekali gus mencerminkan pemuafakatan penduduk dalam kawasan mukim tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel