Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

POKB sasar bantu lebih ramai pesakit kronik


Tarikh kemaskini: 01/06/2019




KOTA BHARU, 1 Jun (Bernama) -- Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) berhasrat membantu lebih ramai lagi pesakit kronik yang memerlukan bantuan dan sumbangan pada masa akan datang. 

Presidennya Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata POKB mula menubuhkan Yayasan Kaseh dan Kanser Kronik (YKKK) pada tahun 2017 bagi membantu mengurangkan beban dan kesusahan pesakit kronik di negeri ini.

“Hingga kini, 60 anggota POKB sudah mendapat manfaat daripada inisiatif ini dan mereka telah dibantu dan perkembangan atau keperluan akan sentiasa dipantau oleh pihak yayasan,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kasih di Kemumin di sini, hari ini. 

Pada program itu, POKB menyampaikan sumbangan peralatan pesakit berupa katil dan tilam hospital serta kerusi roda kepada Mat Hussin Yaacob, 64, yang lumpuh akibat angin ahmar.

Sheikh Ahmad Dusuki berkata sumbangan ini juga satu komitmen berterusan POKB untuk membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, isteri Mat Hussin, Rubiah Harun, 59, berkata beliau terharu menerima kunjungan POKB itu. 

“Jika sebelum ini agak sukar untuk saya menguruskan aktiviti harian suami tanpa keperluan yang diberikan tapi dengan kemudahan yang diberikan diharap dapat membantu menyenangkan urusannya selepas ini,” katanya. 

Beliau berkata suaminya yang hanya bekerja kampung itu terkena serangan angin ahmar pada tahun 2017.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel