Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota polis maut dirempuh motosikal ketika pemeriksaan


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Seorang anggota polis maut manakala rakan sekerjanya cedera parah dirempuh sebuah motosikal ketika mereka sedang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah van di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata dalam kejadian itu, Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, yang cedera di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Lans Koperal Muhammad Syakir Safwan Khairudin, 29, serta penunggang motosikal, Thevarajan, 36, mengalami kecederaan parah dan  dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira pukul  6.40 pagi itu berlaku ketika dua anggota Peronda Polis sedang melakukan pemeriksaan pada sebuah van di bahu jalan sebelah kiri di tempat kejadian. 

"Secara tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah Perling menuju ke Plaza Tol Perling telah terlanggar kedua-dua anggota polis yang sedang bertugas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bedah siasat telah dijalankan di bilik Forensik HSA kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut telah dibawa ke Balai Trafik Johor Bahru Utara dan akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

Jenazah dijangka akan disolatkan di Surau Taman Melor  di sini setelah bedah siasat selesai.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel