9aPTVSlGH_Q Pelajar UTM Pupuk Semangat Sayangkan Alam Sekitar
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar UTM Pupuk Semangat Sayangkan Alam Sekitar


Tarikh kemaskini: 01/06/2019




PONTIAN, 1 Jun (Bernama) -- Seramai 58 orang mahasiswa Tahun Dua dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) didedahkan dengan penjagaan alam sekitar di Taman Negara Pulau Kukup, dekat sini, baru-baru ini.

Pensyarah Kanan UTM Dr Shazmin Shareena Ab Azis berkata program tersebut diadakan untuk memberi pendedahan sebenar di luar bilik kuliah kepada para mahasiswa harta tanah mengenai kepentingan menjaga sumber alam antaranya pokok paya bakau dan sumber air terhadap alam sekitar dan manusia.

Katanya lagi, mahasiswa turut didedahkan mengenai kepentingan pokok bakau dalam menjadi kawasan perlindungan untuk anak ikan dan ketam, habitat semulajadi monyet dan sistem akarnya yang padat serta berfungsi sebagai penapis semula jadi untuk memerangkap sampah yang dihanyutkan di laut. 

“Kewujudan pokok kayu bakau dapat membantu menglakkan pencemaran air yang menjadi sumber minuman kepada manusia dan haiwan,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan itu, baru-baru ini.

Dengan adanya pendidikan berkaitan alam sekitar, Shazmin berkata ia sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya menjaga alam sekitar sekaligus dapat mengelakkan daripada terjadinya perbuatan tidak bertanggungjawab seperti kejadian pembuangan sisa toksik ke Sungai Kimkim di Pasir Gudang, Mac lepas.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel