TxTog9sJXzE Rumah Senyum Beri Semangat Masyarakat Lombok Bangkit Semula
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rumah Senyum Beri Semangat Masyarakat Lombok Bangkit Semula


Tarikh kemaskini: 01/06/2019





LOMBOK, 1 Jun (Bernama) -- Hampir setahun dilanda gempa bumi, penduduk Kampung Luang Tuntel, Lombok Timur, bakal menerima rumah sementara atau dipanggil "rumah senyum".

Penduduk kampung berkenaan yang kini tinggal di khemah, masih trauma untuk tinggal di dalam rumah memandangkan rumah mereka kebanyakannya rosak teruk dan masih terdapat gegaran dari semasa ke semasa sejak kejadian gempa pada Julai tahun lepas.

Rumah senyum itu dijangka mula dibina selepas sambutan Aidilfitri.

Pengurus Pelaksana PKPU Human Inisiatif Lombok Dedy Aris Sandi berkata bantuan bagi penduduk kampung berkenaan lewat tiba memandangkan lokasi kampung mereka yang lebih jauh dari bandar dan terputus hubungan.

"Terdapat kira-kira 30 bayi di kampung berkenaan yang memerlukan perlindungan segera selain lebih 200 penduduk yang terdiri daripada 50 keluarga. Kita kini cuba usaha untuk mendapatkan dana bagi pembinaan rumah itu secepat mungkin," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di kampung berkenaan, baru-baru ini.

Pembinaan rumah senyum dijangka menelan kos RM1,500 seunit.

Dedy bersama-sama 14 sukarelawan dari Malaysia yang terdiri daripada MyCare, Pasaraya Econsave, ImanCare dan Pusat Pendidikan Hidayah berada di Lombok bagi misi bantuan Ramadan selama tiga hari bermula 26 Mei lepas.

Mereka turut mengedarkan kit makanan bagi mengurangkan beban penduduk kampung berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri akan datang. 

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel