Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba Johor buka empat pos kawalan sepanjang perayaan


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





JOHOR BAHRU, 31 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri membuka empat pos kawalan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya Datuk Yahaya Madis berkata pos kawalan yang mula dibuka seminggu sebelum waktu perayaan itu terletak di Skudai, Sedenak, Yong Peng dan Bukit Gambir, melibatkan kekuatan 116 pegawai dan anggota.

“Kita letakkan 12 pegawai dan anggota di setiap pos kawalan mengikut tiga syif dengan sebuah jentera, sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga unit bomba bermotosikal,” katanya kepada pemberita pada Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa JBPM di Kompleks Kuarters Bomba di sini, hari ini.

“Selain itu, kita juga akan buat rondaan di tempat yang biasanya berlaku kemalangan. Kita  sentiasa bersedia membuat persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang biasanya berlaku sewaktu musim perayaan sama ada kebakaran ataupun kemalangan,” tambahnya.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, seramai 20 anak-anak yatim Baitul Maghfirah, Bandar baru Uda turut diraikan.

Sementara itu, Yahaya berkata sebanyak 80 premis di seluruh negeri ini yang menjadi tumpuan orang ramai telah menjalani pemeriksaan bagi memastikan berada dalam tahap keselamatan dalam keadaan yang baik, antaranya adalah pusat membeli belah, kedai, stesen bas, dewan perhimpunan dan hotel.

Tambahnya, 80 peratus daripada 1,300 kakitangannya bertugas  sepanjang perayaan ini.            

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel