Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keputusan benarkan Lynas kembali beroperasi tepat pada masa - Redzuan


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





MASJID TANAH, 31 Mei (Bernama) -- Langkah kerajaan membenarkan kembali Lynas Corp terus beroperasi dapat mengalakkan pertumbuhan usahawan untuk berkecimpung dalam industri yang sedang giat dibangunkan dalam negara.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof berkata keputusan itu adalah suatu langkah tepat daripada kerajaan yang juga dilihat dapat menggalakan pelaburan dari luar negara.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir tepat kerana ini akan mengalakan pelaburan dari luar dan mengalakan pertubuhan usahawan-usahawan untuk berkecimpung dalam industri yang sedang giat dibangunkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Maharhir mengenai keputusaan kerajaan membenarkan kembali Lynas beroperasi.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Iftar Perdana Bersatu Masjid Tanah dan jualan barangan asas harga patut di Sri Pantai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah malam ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel